Jumat, 22 Desember 2017

Indah bakal nikah 'jejaka misteri' Ahad ini


KUALA LUMPUR : Dalam diam-diam bercinta bersama pasangan yang dirahsiakan, penyanyi Indah Ruhaila akhirnya bakal menamatkan zaman solonya pada Ahad, 24 Disember ini.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussein, 30 tahun, menerusi pesanan ringkas Whatsapp, majlis itu akan diadakan secara tertutup.

“Saya Indah Ruhaila, ingin mengumumkan bahawa saya akan melansungkan pernikahan paa 24 Disember ini.

"Terlebih dahulu, saya dengan rendah hati ingin memohon maaf dan menyusun sepuluh jari kerana tidak dapat menjemput rakan-rakan media yang cukup saya sayangi kerana majlis ini diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh keluarga terdekat serta sahabat rapat sahaja.

baca: ARTIS JANDA TERLAJAK MELETOP DI MALAYSIA

"Saya ingin menjelaskan, bukan niat saya untuk merahsiakan tentang pernikahan ini tetapi demi menghormati permintaan keluarga kedua-dua belah pihak,” ujar bekas peserta AF Megastar itu.

Memetik laporan portal Sinar Harian, identiti jejaka yang bakal dinikahinya hanya akan didedahkan sejurus selepas mereka diijabkabulkan.

Tambah Indah, pihaknya akan memberi kenyataan rasmi beserta gambar selepas majlis perkahwinanya.

Terdahulu, Indah telah putus tali pertunangan bersama 'Mr. R' Jun lalu selepas empat tahun mereka bertunang.

baca: Neelofa Dilantik Sebagai ‘Non-Executive Independent Director’ AirAsia

PBB batal pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel


NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) isytihar keputusan Amerika Syarikat (AS) iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel sebagai tidak sah dan terbatal.

Dalam satu pengundian, 128 negara menolak keputusan AS itu, dengan sembilan lagi negara menyokong.

35 negara lain mengambil pendirian berkecuali dalam sesi undian tersebut, manakala wakil 21 negara tidak hadir.

READ: Neelofa Dilantik Sebagai ‘Non-Executive Independent Director’ AirAsia


Pengundian yang berlangsung pada Khamis disifatkan satu kemenangan untuk Palestin, biarpun ia mencatat sokongan lebih rendah, berbanding 150 yang dijangka sebelum ini.

Terdahulu, sebelum pengundian 193 negara itu, AS menerusi dutanya ke PBB, Nikki Haley mengulangi ancaman Presiden Donald Trump untuk memotong bantuan kewangan kepada mana-mana negara yang menyokong resolusi berkenaan.

Haley juga menegaskan keputusan undian di PBB tidak akan membuat sebarang perubahan ke atas rancangan Washington memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis.

ARTIS JANDA TERLAJAK MELETOP DI MALAYSIA



1). Liza Abdullah


#Liza Abullah yang telah 32 tahun menjadi anak wayang dan 26 tahun bergelar isteri masih kekal menjaga penampilan. Dengan paras masih cantik dan tidak menampakkan wajah yang semakin berusia, pasti ramai yang ingin mencuba memikat aktres tersebut.




read: Neelofa Dilantik Sebagai ‘Non-Executive Independent Director’ AirAsia


2). Erra Fazira

#Begitu juga dengan bekas wanita tercantik di Malaysia pada tahun 1992, Fazira Wan Chek atau Erra Fazira juga bakal menjadi buruan mereka yang memandang paras wajahnya yang jelita beserta personaliti yang lengkap, menjadikan dia role model kepada wanita lain.






read: Abam Bocey Sah Bergelar Suami Dengan Sekali Lafaz




3). Nabila Huda

#Nabila Huda binti Suhaimi Abdul Rahman atau Abil yang dikenali lasak dan lantang bersuara itu sememangnya mampu berdikari. Statusnya itu tidak menghalang puteri sulung Amy Search ini membesarkan sendiri anak tunggal hasil perkahwinannya terdahulu dengan Zaidi Zailani pada 2008.




4). Maya Karin

#Biar pun gaya dan personaliti aktres ini persis anak dara sunti, Maya Karin Roelcke sebenarnya pernah berkongsi hidup dengan Steven David Shorthose selama 2 tahun daripada Ogos 2008 hingga Julai 2010 sebelum berpisah.




read: Keluar Tandas, Pegang Bayi… Ibu Terkejut Anak 15 Tahun Beranak Dalam Tandas Pusat Beli Belah



5). Rita Rudani

#Dilihat bersungguh-sungguh ingin mempertahankan hak sebagai wanita dan juga rumahtangga yang dibina atas dasar cinta, Rita Rudaini Mukhtar akhirnya akur dengan ketentuan Illahi. Bekas isteri kepada pemain bolasepak terkenal Aidil Zafuan itu kini dilihat bahagia dengan kehadiran dua cahayamata walaupun solo.




read: 7 Kanak-kanak Hidup Dalam Rumah Yang Kotor, Malah Turut Menemui Ulat Dalam Lampin Bayi 18 Bulan


6). Raja Azura

#Seterusnya, personaliti tv dan radio Raja Azura juga tidak terlepas daripada senarai janda terhangat kerana dia ada tarikan tersendiri. Mesra disapa Kak Engku, Raja Azura pernah mendirikan rumahtangga dengan Azmin Tan Sri Osman dan dikurniakan 3 orang cahayamata sebelum bercerai pada 2010.






read: 
Suami Tak Mampu Beri Kepuasan, Isteri Dedah ‘Terlanjur’ Dengan Madu Sendiri, Kini Seperti Pasangan Kekasih

7). Norish Narman

#Pelakon terkenal Norish Karman yang satu ketika sepi setelah berkahwin dengan seorang ahli dewan undangan (ADUN) bagi kawasan di Negeri Sembilan. Namun selepas dilaporkan bercerai pada 2008, dia membuat kemunculan dengan gaya yang lebih daring dan sudah tentunya jadi sensasi.





read: Sanggupkah Anda Memperisterikan Wanita Yang Tiada Dara? Fakta Terbaru Ini Pasti Memberi Tamparan Hebat Kepada Lelaki Yang Belum Berkahwin!

8). Jasmin Hamid

#Pelakon seksi, Jasmin Hamid yang masih kekal dengan gaya yang tersendiri itu juga masih lagi solo setelah sekian lama bercerai dengan bekas suami Ian Rashid Macquistan pada tahun 2007 dan memiliki seorang anak lelaki.







9). Noniswara

#Seorang lagi pelakon jelita bermata menggoda, Noniswara Baharuddin turut menerima nasib yang sama seperti selebriti wanita hot lain yang bergelar janda. Nonis telah sah berpisah dengan ahli koporat, Datuk Rosman Ridzwan, 56, pada tahun lalu dan kekal solo hingga kini.



#Ini sekadar fakta yang ingin dikongsi tentang selebriti tempatan kita. Jika terdapat sebarang kesalahan dalam fakta yang dikongsi, harap ada pihak boleh memperbetulkan perkara ini.

#Soal kahwin dan cerai serta status janda itu kadangkala sensitif buat sesetengah pihak. Sekadar mahu pastikan status jelitawan kita ini, mana tahu ada yang pasang angan-angan beristerikan selebriti?

read: Neelofa Dilantik Sebagai ‘Non-Executive Independent Director’ AirAsia
Sabtu, 09 Desember 2017

Neelofa Dilantik Sebagai ‘Non-Executive Independent Director’ AirAsia


Neelofa Dilantik Sebagai ‘Non-Executive Independent Director’ AirAsia

Pelakon dan pengacara terkenal Neelofa telah dilantik oleh AirAsia Bhd sebagai ‘Non-Executive Independent Director’.

Pelantikan itu juga diluluskan sebulat suara oleh Ahli Lembaga Pengarah.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, ciri-ciri yang ada pada Neelofa menepati pilihan mereka.

“Pihak kami amat gembira dan mengalu-alukan pelantikannya. Pengalaman Neelofa sebagai seorang usahawan, pencipta jenama amat bernilai kepada AirAsia.

“Dia juga boleh memberikan pendapat dan pandangan baru yang lebih segar untuk perniagaan kami yang kini menuju kea rah syarikat penerbangan digital,” katanya.

Tambah Tony lagi, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor merupakan seorang wanita yang sangat bijak.

"Neelofa menepati ciri-ciri yang kami perlukan untuk terus maju menjadi satu daripada syarikat yang menunjukkan prestasi terbaik.

"Selain itu itu, reputasinya sebagai antara usahawanita terkemuka negara dan tersenarai antara beberapa rakyat Malaysia dalam Forbes Asia menerusi segmen 30 Under 30, serta rekodnya dalam memperjuangkan wanita dalam perniagaan juga menjadi inspirasi kepada kami.

“Tidak sabar rasanya untuk bekerja bersama Neelofa," katanya hari ini.

read: Abam Bocey Sah Bergelar Suami Dengan Sekali Lafaz

Dalam pada itu, Neelofa juga akui berasa teruja untuk menyertai keluarga AirAsia.

 “Saya berasa teruja dan gembira untuk menggalas peranan baru dan ini juga merupakan cabaran buat diri saya.

"Kejayaan ini bukan hanya milik saya tetapi juga buat semua wanita di luar sana. Selama tujuh tahun saya meneroka industri hiburan dan perniagaan yang telah memberikan saya begitu banyak peluang untuk berkembang.

“Terima kasih AirAsia kerana memberikan peluang dan kepercayaan kepada saya,” ujarnya.

Neelofa merupakan seorang selebriti berjaya yang telah menceburi bidang keusahawan dan membina empayar perniagaannya sendiri menerusi jenama Naelofar Hijab.

Jenama tudung tersebut dilaporkan berada dalam landasan untuk mencapai sasaran jualan RM200 juta tahun ini dan boleh didapati di 37 negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Australia, Arab Saudi dan Singapura.

Foto: Instagram Neelofa

Sumber: The Star Online

Jangan Pergi Karaoke, Jangan Extend Masjid" - Pesan Che Ta Kepada Zain Saidin

Abam Bocey Sah Bergelar Suami Dengan Sekali Lafaz


Dengan sekali lafaz  pelawak popular Abam Bocey sah bergelar suami kepada Siti Norhidayah Mohd Ali, 25, kira-kira jam 5.35 minit petang tadi.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 29, dan Hidayah dinikahkan Ustaz Kamal Salam, Penolong Pendaftar Nikah Sabak Bernam, berwakil walikan bapa pengantin perempuan Mohd Ali Bahtin.

Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,000 berserta 9 dulang hantaran dibalas 11 oleh pihak perempuan.

Jumlah wang hantaran RM13,888.

Dua anggota kumpulan Bocey, Fad dan Achey turut hadir menemani sahabat baik mereka itu.

Terdahulu, Abam dan Hidayah melangsungkan pertunangan di kediaman pengantin perempuan pada pukul 10 pagi tadi.

Malam ini, bakal berlangsung majlis malam berinai bertemakan ‘Arabic Night’ juga di kediaman pengantin perempuan.

Abam dan Hidayah mula mengenali di antara satu sama lain sejak empat tahun lalu.


Jangan Pergi Karaoke, Jangan Extend Masjid" - Pesan Che Ta Kepada Zain Saidin

http://www.astrogempak,com.my/artikel/7661/abam-bocey-sah-bergelar-suami-dengan-sekali-lafaz

Jangan Pergi Karaoke, Jangan Extend Masjid" - Pesan Che Ta Kepada Zain Saidin


Pelakon jelita Rozita Che Wan dikenali sebagai seorang selebriti yang ceria dan peramah.

Wanita yang mesra dengan panggilan Che Ta ini juga terkenal dengan sifatnya yang suka bergurau.

Terbaru, menerusi salah sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, @rozitachewan1, Che Ta sempat bergurau dengan suaminya, pelakon Zain Saidin.

"Hello sayang... I kat Kelantan lagi ni... Jangan naughty okay... Jangan pergi karaoke, jangan extend masjid.. Okay bye @therealzainsaidin," pesan Che Ta dalam keadaan berseloroh.

Rata-rata pengikut Instagram pelakon drama bersiri Kiah Pekasam itu terhibur dengan kapsyen yang ditulis oleh Che Ta.

"@hadswife2612: Hahaha! Che Ta thats why I minat u. Lantaklah orang nak cakap Che Ta over ke apa yang penting dia tak kacau orang. Gitu."

"@azlindaahmad23: Hahaha! Lucu lah.."

"@_bydhianadia_ Hahahahahaha! Macam-macam Che Ta ni!

"@imanadreena: Hahahaha! #MudahTerhibur."

"@shahirah_abr: Hahahaha.. Lawaklah Che Ta ni."

Che Ta kini sedang berada di Kota Bharu, Kelantan untuk menjalani penggambaran program Cuit Cuit Che Ta. Menerusi rancangan tersebut, Che Ta bertindak sebagai pengacara.


Read: Keluar Tandas, Pegang Bayi… Ibu Terkejut Anak 15 Tahun Beranak Dalam Tandas Pusat Beli ah





Sabtu, 25 November 2017

Keluar Tandas, Pegang Bayi… Ibu Terkejut Anak 15 Tahun Beranak Dalam Tandas Pusat Beli Belah


Masalah gejala sosial kini semakin serius. Pergaulan bebas tanpa batasan antara lelaki dan perempuan tidak kira umur juga semakin menular. Bukan itu sahaja, dengan kehadiran media sosial, anak-anak remaja terutamanya, semakin berani untuk membuat perkara maksiat dan pandai menyembunyikannya daripada pengetahuan ibu bapa.

Baru-baru ini, seorang ibu terkejut apabila mendapati anak perempuannya yang baru berusia 15 tahun telah melahirkan seorang bayi di dalam tandas awam, lapor mStar.


Pada petang semalam (21 November), wanita itu telah keluar bersama suami, anak perempuan dan anak lelakinya ke sebuah pusat membeli belah di Kota Kinabalu, Sabah. Namun, semasa di mall tersebut, anak perempuannya mengadu mengalami senggugut dan sakit perut sebelum pergi ke tandas.


Walau bagaimanapun, selepas satu jam berlalu, anaknya masih belum keluar membuatkannya bimbang dan segera mencari gadis itu di tandas berkenaan. Sebaik tiba di tandas itu, alangkah terkejutnya wanita berkenaan apabila mendapati anak gadisnya sedang mendukung seorang bayi yang dipenuhi dengan darah!

Wanita dan suaminya kemudian bergegas membawa anak dan bayi tersebut ke hospital serta membuat laporan polis. Menurut ibu bapa remaja terbabit, mereka langsung tidak sedar bahawa gadis itu sedang sarat mengandung.

Apabila diminta diberikan penjelasan kepada ibu bapanya, remaja perempuan itu mengakui pernah melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya yang berusia 17 tahun. Tambahnya lagi, dia dan remaja lelaki tersebut sudah pun berpisah sejak lima bulan yang lalu.

Menurut Ketua Polis Penampang, Supritendan Rosley Hobden, remaja perempuan itu dan bayinya kini berada di Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut dan usaha mencari bekas kekasihnya masih dijalankan.

Semoga keluarga ini tabah menghadapi dugaan ini dan harap polis dapat mencari bekas kekasih remaja itu serta mereka dapat selesaikan hal ini dengan segera.

Nota: Gambar yang digunakan adalah sekadar hiasan.

Sumber: Lobakmerah.com